Tuesday 2 April 2013

CARTA ORGANISASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali ini, saya ingin menulis mengenai carta organisasi.  Mungkin terdapat persoalan di kotak fikiran kalian seperti berikut :- Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan carta organisasi?- Apakah fungsi sebenar carta organisasi?- Apakah pentingnya adanya carta organisasi ini kepada syarikat?- Bagaimana terciptanya carta organisasi ini?- dan siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat carta organisasi syarikat? Jadi mari sama-sama menjawab persoalan tersebut. 

Organisasi bolehlah diertikan sebagai :-

Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama bagi mencapai matlamat individu , kumpulan dan organisasi .  Satu penyelarasan yang rasional aktiviti-aktiviti manusia untuk mecipta matlamat dan tujuan bersama melalui pembahagian dan fungsi buruh dengan melalui peringkat-peringkat kuasa dan tanggungjawab.

DEFINISI CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus . Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan sebagai “ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan , kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu irganisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. “  Satu Encyclopedia Perancis yang diterbitkan antara tahun 1751 dan 1772 mempunyai satu carta organisasi pengetahuan umum yang pertama.  Seorang jurutera Amerika-Scotland Daniel McCallum dikreditkan untuk mewujudkan carta organisasi perniagaan yang pertama di Amerika sekitar tahun 1854. 


Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu oerkulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.


Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami . Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk menejelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi . Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit , atau individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain .Unit –unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan. Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi.

Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:
a) Pembahagian Kerja
b) Hubungan ketua-pekerja bawahan
c) Jenis kerja yang dijalankan
d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja
e) Tingkat pengurusan

Secara umumnya carta organisasi diterima oleh kebanyakan organisasi sebagai sesuatu yang berguna dan boleh membantu organisasi tetapi tidak semua pakar pengurusan yang bersetuju.  Misalnya, Robert Townsend , bekas Presiden Syarikat Avis , sebuah syarikat kereta sewa terbesar di Amerika Syarikat pernah menyuarakan bahawa carta organisasi boleh menurunkan moral para pekerja kerana mereka merasakan semua autoriti dan kebolehan adalah terletak kepada pihak pengurusan atas sahaja seperti yang ditunjukkan di dalam carta organisasi.



TINGKAT PENGURUSAN

Ketua
Eksekutif
Pengurus-Pengurus
Bahagian
Penyelia

Atasan ( Eksekutif)

Membuat permulangan jangaka panjang .Menetapkan matlamat-matlamat/menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi ,Perhubungan awam. Membuat Dasar, Menganalisa perkara-perkara yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan-perubahan yang berlaku.

Pengurusan Pertengahan
Menyelaras dan menyatupadukan aktiviti-aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat Pengawalan kerja-kerja.

Pengurusan Bawahan

Penyelia , formen dan ketua kumpulan . Mereka mengawasi pekerjaan

harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran supaya pengeluaran/ tugas mengikut perancangan seperti Inspektor Kawasan , Ketua Polis Balai dan sebagainya.

Contoh Gambarajah Carta Organisasi Syarikat



















Kesimpulan

Semoga apa yang diterangkan diatas dapat memberi "input" kepada pembaca sedikit sebanyak tentang Carta Organisasi dan seterusnya menjawab segala persoalan.  Jika ada kesilapan dan sesuatu yang tertinggal dalam keterangan diatas, bolehlah pembaca sekalian perbetulkan dan menambah apa yang perlu. terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca di blog ini. 

Monday 1 April 2013

STRUKTUR ORGANISASI KOPERASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Saya ingin berkongsi maklumat dan info mengenai video tentang Lembaga Koperasi Malaysi Berhad. Terdapat info yang lengkap mengenai Struktur Organisasi Koperasi dalam video ini.

Semoga dengan video ini dapat memberi info sedikit kepada kita mengenai Koperasi di Malaysia.  Ilmu yang sedikit ini mungkin memberi manfaat kepada kita suatu masa nanti.

Terima kasih kerana luangkan masa anda.